Ya Allah, berkatilah hasil yang DiKau kurniakan kepada kami, berkatilah kota kami,berkatilah timbangan makanan kami dan berkatilah sukatan makanan kami...Ameen ya Robb.


Followers

Showing posts with label Kelas Asas Blog & Fanpage. Show all posts
Showing posts with label Kelas Asas Blog & Fanpage. Show all posts

Tuesday

SOALAN YANG BIASA DITANYA KEPADA KAMI

KELAS ASAS BLOG & KELAS BISNES RAKAN NIAGA 
  • Kelas ini di mana? 
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
  • Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
  • Saya tak ada produk. Macam mana mahu mula?

Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
  • Berapa lama boleh pandai? 

Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
  • Apa lagi yang kami dapat?

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kami terima pendaftran setiap hari. Ya setiap hari, 24 hour/7hari seminggu. . Pilih mana-mana kelas pilihan. Kini menjangkau 400 lebih blog dan protege bersama kami. 21 Kelas bersama 13 guru online seluruh Malaysia.
  • Apa syarat yang perlu ada?
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN

Pilih sahaja mana-mana kelas berikut.
1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif-daftar 
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan

Hubungi saya sekarang,Guru Online anda.

Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
 Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi ) 

Monday

Bina Blog Untuk Bisnes, Saya Tunjukkan Caranya!


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. h. Membina rangkaian pengedar, mencari kenalan baru, mencari peluang bisnes baru melalui jaringan Akademi Bekerja Di Rumah

Pendaftaran kelas-kelas online dibuka setiap hari, boleh pilih kelas yang bersesuain dengan keperluan atau minat kalian.


1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif-daftar 
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan


Hubungi saya sekarang,Guru Online anda.

Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
 Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi ) 



Thursday

Ulasan Protege 01 - Bisnes Online

Ulasan Kelas Asas Blog - Farhana Abdullah

Teks : Puan Farhana Abdullah

Blog : http://angiefarhana.blogspot.com/

Bissmillahirohmanirohim

Assalamualaikum dan salam sejahterah

Pertama sekali syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan segala kegembiraan yang tidak terhitung buat saya. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya masih lagi dalam proses menyiapkan entri yang entah bila akan siap ini. Jiwa sebenarnya nak sangat menyiapkan entri ini dengan cepat seperti rakan yang lain, tetapi seperti orang lain ada sahaja halangan. Namun sebenarnya jangan kita jadikan halangan itu satu alasan untuk melakukan sesuatu.

Alhamdulillah hari ini juga saya sangat-sangat gembira dan teruja untuk meneruskan usaha untuk menjadi salah seorang yang berjaya seperti mereka. Hari ini saya telah mendapat bayaran tempahan Nota Panduan Jahitan Asas saya yang pertama. Apatah lagi, saya sangat-sangat terkejut mendapat tahu yang dia bukannya di Malaysia tetapi di US. Menurut katanya, di sana kalau hendak belajar satu jenis baju, kena bayar dalam 200 dollar bersamaan rm500. Masyallah!.. Inilah yang dikatakan kalau memang Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, sejauh langit dan bumi pasti akan tiba.




Mungkin juga kerana selama ini saya yakin dengan kita solat dhuha, insyaallah rezeki kita akan terbuka luas untuk kita. Sepertimana setiap kali kita berdoa ketika lepas melakukan solat dhuha, Ya Allah perluaskanlah rezekiku, jika reziki ku ada di langit turunkanlah untukku, jika ada di bumi keluarkanlah untukku, jika jauh dekatkanlah untukku, jika susah permudahkanlah untukku, jika sedikit perbanyakkanlah untukku dan jika haram maka halalkanlah untukku. Ya Allah, jika aku lalai peringatkanlah aku dan permudahkanlah aku membuat kebaikan dunia dan akhrat. Aamiiin..

Saya rasa ramai yang berdoa seperti itu kan. Apa pun dunia hanya persinggahan sementara. Sebagai manusia biasa kita banyak menghadapi pelbagai masalah yang berbeza. Tapi yakinlah setiap yang kita lakukan dan apa sehaja yang berlaku sama ada yang gembira atau yang tidak menggembirakan itu semuanya ujian untuk kita. Berbalik pada Ulasan ini.

Jika diungkapkan dengan kata-kata sukar untuk saya nyatakan, betapa saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjadi salah seorang rakan Akademi Berkerja Di Rumah. Syukur sangat-sangat Allah permudahkan saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru online saya Pn Normi M. yusof. Dengan kesabaran guru yang mengajar saya kerana bukan sekali dua bertanya itu ini. Guru pening anak murid pun pening. Tetapi akhirnya dapat juga diselesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran. Lagipun menuntut sesuatu ilmu mana ada yang senang kan. Kini melihat hasil dalam blog saya wow!! bestnya...cantiknya...macam-macam lagilah keluar di mulut. Suami pun kata o..gitu caranya baru tau. Apatah lagi dengan terhasilnya Panduan menjahit secara online ini, dapat pula pelanggan pertama dari US. Yang lucunya panduan belum siap sepenuhnya tetapi pelanggan dah bayar. Apa lagi bertambahlah semangat.

Sejujurnya saya sangat-sangat berterima kasih tidak terhingga kepada usaha guru online saya Normi M Yusof yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan begitu juga atas sokongan guru-guru online seperti Masayu Ahmad, Aishah Hussien dan lain-lain. Terima kasih Guru.

Jika saya yang ilmu cetek ini boleh melakukan sesuatu, saya pasti anda diluar sana yang mempunyai ilmu yang lagi hebat dari saya mesti mampu buat yang lebih baik dari saya. Apa yang anda perlukan jadilah salah seorang rakan Akademi kami. Insyaallah manalah tahu dah tertulis anda mampu merubah hidup. Malu rasanya meluahkan kata-kata seperti ini, kerana kita belum tahu kesudahan benda yang kita lakukan tetapi rezeki masing-masing kita tak tahu. Mungkin rezeki anda lagi lebih dari saya.
Aamiiin..
 ==================================================

Alhamdulillah, kelas kami adalah fleksibel, pendaftaran dibuka setiap hari. Lebih 400 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi bertugas.Terus terusan boleh belajar setiap hari. Boleh mula dengan mana-mana kelas berikut. Pilih kelas kemudian pilih pakej yuran. Jika tidak ada masa cukup hanya 1 jam sehari sahaja.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas urus akaun khusus untuk wahm/soho, jadual kelas Mac sudah dibuka.
 
Hubungi saya di,
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )